AWAS DENGAN PENYAKIT SEKSOLOGI !!!!!!!

  • Semua wanita harus berwaspada dengan pelbagai penyakit  merbahaya yang boleh menyerang golongan wanita sekarang ini. Sebagai contoh Kanser Serviks/Pangkal Rahim, Kanser Rahim, Kanser Ovari, Fibroid Rahim Dan Polip Rahim. Dengar namenye KANSER,kita takut dan gerun...bagaimana dengan mereka yang pernah mengalaminya...Bagaikan Mimpi Ngeri yang takkan pernah hilang dalam hidupnya....




KANSER SERVIKS / PANGKAL RAHIM


  • Kanser ini terjadi pada serviks uterus iaitu daerah organ kesuburan wanita yang merupakan pintu masuk rahim  & liang vagina.
  • Penyakit ini sangat merbahaya & boleh meragut nyawa sekiranya lambat mendapatkan rawatan.
  • Kebiasaannya kanser ini menyerang wanita yang berumur 40 - 50 tahun yang berada dalam lingkungan menopaus.
  • Ia terjadi apabila wujud tanda-tanda pertumbuhan sel pada leher rahim yang abnormal, tetapi sebelum sel-sel tersebut bertukar menjadi sel kanser terdapat beberapa perubahan akan dialami oleh sel tersebut dan akan memakan mase yang lama sehingga bertahun-tahun.
  • Peringkat awal mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda dan tidak mengalami apa-apa gejala langsung. Tetapi mungkin pada peringkat lanjut atau peringkat terakhir.
  • 95% penyakit ini adalah disebabkan sejenis Virus iaitu HPV - Human Papilloma Virus
  • Faktor-faktor :
    • Aktiviti seksual pada usia yang muda - kahwin muda / melahirkan anak di usia muda.
    • Sering berganti pasangan.
    • Menderita jangkitan di alat sulit sepeti sukar membuang air kecil atau kencing tak lawas. 
    • Melahirkan ramai anak.
    • Merokok ( 2 - 4 kali ganda )
  • Gejala-gejala :
    • Pendarahan semasa atau selepas hubungan seksual.
    • Pendarahan selepasputus haid/menopaus
    • Pendarahan yang banyak dan jangkamasa yang panjang.
    • Sakit semasa hubungan seksual.
    • Pengeluaran keputihan atau cairan berlebihan - cairan kekuningan yang berbau taua bercampur darah.
  • Pencegahan :
    • Setia pada pasangan
    • melakukan ujian PAP SMEAR ( 2 tahun sekali bagi yang aktif seksual )
    • Suntikan HPV - belum pernah ada hubungan seksual